Jlo dan bekas tunang sambut ulang tahun di Perancis? - Utusan Malaysia

Jlo dan bekas tunang sambut ulang tahun di Perancis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Selebriti ternama Jenifer Lopez dan bekas tunang, Alex Rodriguez menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing secara berasingan di Perancis.

Lapor Eonline, Jenifer atau dikenali sebagai Jlo dilaporkan menyambut ulang tahun ke-52 di St. Tropez ditemani teman lelaki yang juga bintang Hollywood, Ben Affleck.

Sementara Alex atau lebih dikenali sebagai A-Rod yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-46 esok kini dikesan sedang bercuti di lokasi yang sama.

Menurut sumber Jlo dan A-Rod telah merancang untuk bercuti di lokasi berkenaan ketika mereka masih bersama.

“Mereka telah merancang untuk menyambut ulang tahun di Perancis bersama-sama sejak sekian lama.

“Nampaknya, mereka berdua tetap meneruskan percutian itu secara berasingan,” kata sumber tersebut.

Kedua bekas pasangan itu berpisah April lalu selepas empat tahun bersama.

Pada 24 Julai lalu, Jlo mencuri perhatian di Instagram apabila memuat naik gambar-gambar sensasi yang menunjukkan keintimannya bersama Ben ketika bercuti di Perancis.

Sumber berkata, kedua-dua pasangan kelihatan selesa menunjukkan kemesraan dan tidak lagi merahsiakan perhubungan mereka.

“Mereka berpegangan tangan, berpelukan dan bercumbuan. Mereka menaiki kapal dan belayar dari Monaco menuju St. Tropez,” ujarnya.

Dalam pada itu A-Rod dirakam meluangkan masa di atas kapal layar sekitar St. Tropez. Momen itu dikongsikan bekas pemain pasukan MLB ini di Instagramnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya