GEORGETOWN: Kesemua 263 jemaah haji Malaysia mengambil kesempatan untuk mendoakan kesejahteraan rakyat dan negara ini khususnya ketika masih menghadapi Covid-19. Salah seorang jemaah terlibat, Ahmad Najhan Hassim, 30, berkata, pada masa sama mereka juga memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan mereka diberikan kemudahan dan kelancaran oleh Allah SWT sepanjang menunaikan ibadat tersebut. “Semoga pandemik ini segera berakhir dan kita semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT sepanjang masa,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini semalam. Menurutnya, kesemua jemaah haji negara sudah meninggalkan Mina pukul 5.20 pagi semalam untuk bergerak menuju…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya