HTAR Klang tutup pekhidmatan pesakit luar - Utusan Malaysia

HTAR Klang tutup pekhidmatan pesakit luar

HTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang hari ini mengumumkan semua rawatan pesakit luar di hospital itu ditutup sepenuhnya bermula semalam.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, penutupan sebagai persediaan menghadapi pengurusan Covid-19.

“Perkhidmatan rawatan klinik pakar pesakit luar di Kompleks Rawatan Harian serta Fisioterapi dan Pemulihan Carakerja di bangunan utama antara yang terjejas.

“Pesakit mempunyai janji temu di klinik pakar dinasihatkan tidak hadir ke hospital sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut  Dr Zulkarnain, pihak hospital akan memberi tarikh dan masa baharu janji temu klinik pakar serta pengambilan ubat di farmasi kepada pesakit melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

“Pesakit dinasihatkan peka dengan notifikasi diberikan melalui SMS supaya tidak terlepas janji temu dan terputus bekalan ubat-ubatan sepanjang penutupan perkhidmatan ini,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya