Hebahan guru baharu dikeluarkan esok  - Utusan Malaysia

Hebahan guru baharu dikeluarkan esok 

Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off tahun 2021 akan diumumkan esok. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off tahun 2021 akan dikeluarkan selewat-lewatnya 5.30 petang esok. 

Sebagaimana diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd. radzi Md. Jidin pada 20 Jun lalu,  Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) memaklumkan, pengambilan khas itu akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara. 

“Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya jika masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh graduan pendidikan,” katanya di sini hari ini. 

Sehubungan itu, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman web dan platform media sosial rasmi suruhanjaya bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas ini. 

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini mengumumkan program pengambilan khas secara one-off melibatkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di negara ini. 

Mohd. Radzi berkata, iklan pengambilan khas tersebut dikeluarkan dengan penempatan secara berperingkat akan bermula pada Oktober depan.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya