Gopal Sri Ram dedah surat pelantikan pendakwa raya kes Rosmah - Utusan Malaysia

Gopal Sri Ram dedah surat pelantikan pendakwa raya kes Rosmah

ROSMAH MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Gopal Sri Ram mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini, hari ini berhubung sepucuk surat baharu berhubung pelantikannya sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam kes Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berbuat demikian terhadap bantahan awal pasukan pembelaan Rosmah terhadap mengemukakan permohonan membantah pelantikannya di dalam mengendalikan kes rasuah dihadapi Rosmah berkenaan projek hibrid solar sekolah luar bandar di Sarawak.

GOPAL SRI RAM

Semasa prosiding hari ini, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa surat pelantikan baharu bertarikh 21 Mei lalu telah ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Beliau menjelaskan bahawa surat itu yang berkuat kuasa mulai 30 Ogos 2018 memberikannya kuasa untuk melakukan pendakwaan terhadap kes rasuah solar membabitkan Rosmah.

Pihak pembelaan sebelum ini mendakwa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya bagi mengendalikan kes rasuah dihadapinya berkenaan projek hibrid solar sekolah luar bandar di Sarawak adalah tidak sah dan terbatal.

Rosmah, 69, sebelum ini memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April lepas membenarkan rayuannya bagi mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram setelah pendakwaan bersetuju menyerahkan salinan itu kepada pembelaan.

Beliau mengemukakan rayuan itu selepas Mahkamah Tinggi pada 19 Ogos tahun lepas menolak permohonannya bagi mendapatkan surat pelantikan Sri Ram.

Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018 iaitu hari Rosmah didakwa di mahkamah serta tidak ditandatangani oleh Tommy Thomas iaitu Peguam Negara ketika itu.

Sebaliknya, surat itu bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani oleh Tan Sri Idrus Harun iaitu Peguam Negara ketika ini.

Pada 18 Februari lepas, mahkamah memerintahkan Rosmah membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan sembilan hari iaitu 9,10,15,16,17,22, 23 Jun serta 12 dan 15 Julai bagi mendengar keterangan beliau dan saksi pembelaan yang lain. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya