FAMA `cari jalan’ bawa durian Perak ke Selangor - Utusan Malaysia

FAMA `cari jalan’ bawa durian Perak ke Selangor

RAZMAN Zakaria (tengah) menyampaikan sumbangan pek durian secara pandu lalu kepada penduduk sekitar di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang memohon mendapatkan pelepasan khas bagi membawa hasil durian di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini bagi tujuan untuk membantu para pekebun memasarkan durian mereka ke tempat atau negeri lain seperti di Selangor.

Pengarah FAMA Perak, Noorsham Ramly berkata, langkah itu perlu bagi mengelak berlaku lambakan durian di lokaliti PKPD seperti Mukim Ulu Selama yang baru sahaja memasuki fasa kedua musim raja buah itu di negeri ini.

Menurut beliau, FAMA berdepan kesukaran untuk membantu pekebun durian di lokaliti yang dikenakan PKPD kerana tidak di benarkan masuk ke kawasan itu.

“Sekarang memang tengah musim banyak durian di Perak dan ada di antara tempat pengeluar durian itu kini menjalani PKPD dan membuatkan pemasarannya menjadi tersekat .”

“Hasil durian tidak boleh dibawa keluar dari situ menyebabkan berlakunya lambakan buah.”

“Kita telah berhubung dengan pegawai daerah dan polis bagi mendapatkan pelepasan khas bagi membantu pergerakan pemasaran durian dari kawasan PKPD di negeri ini,” kata beliau selepas penyerahan 350 pek durian percuma sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR) FAMA di Titi Bina Padang Lalang dekat sini hari ini.

Dalam pada itu katanya,FAMA menggalakkan pengusaha durian mempelbagaikan produk berasaskan durian contohnya tempoyak bagi mengurangkan impak lambakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya