Empat polis, empat wanita `berseronok’ dalam balai dicekup JIPS  - Utusan Malaysia

Empat polis, empat wanita `berseronok’ dalam balai dicekup JIPS 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapan termasuk Ketua Balai Polis (OCS) serta tiga anggotanya yang leka  berhibur bersama empat wanita dalam bilik khas di sebuah balai polis dalam daerah Kajang  ditahan semalam.

Serbuan pukul  6 petang dijalankan pasukan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman susulan laporan daripada orang awam. 

Ketika serbuan, sebahagian mereka didakwa sedang menari sambil minum minuman keras serta  air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Bilik yang dijadikan tempat `berseronok’ itu turut dipasang lampu berputar bagaikan dalam disko.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka terdiri daripada seorang OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia 21 hingga 37 tahun.

Polis merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit TV.

Turut dirampas lima botol air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya memandang serius salah laku itu. 

Menurut beliau, tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di balai menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati tindakan itu jelas melanggar SOP.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya