PETALING JAYA: Pakar ekonomi meramalkan ekonomi negara berkembang antara 3.5 hingga empat peratus tahun ini berikutan lanjutan perintah sekatan pergerakan penuh hingga menyebabkan hampir seluruh sektor ekonomi terpaksa ditutup semula pada awal bulan lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, jadi unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa ekonomi negara tumbuh antara enam hingga 7.5 peratus sukar dicapai melihat situasi pandemik Covid-19 yang belum dapat dipastikan penghujungnya. Menurut beliau, keadaan itu diburukkan lagi apabila kerajaan mengisytiharkan Perintah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya