400 Orang Asli Suku Temuan `gembira’ disuntik vaksin - Utusan Malaysia

400 Orang Asli Suku Temuan `gembira’ disuntik vaksin

ADHIF Syan Abdullah memberi ucapan kepada penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tadom yang sudah diberi vaksin dalam. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Penduduk Kampung Orang Asli Suku Temuan Bukit Tadom di sini yakin dengan vaksin Covid-19 mampu melindungi diri mereka dan sama sekali tidak percaya mengenai berita buruk mengenai pengambilan vaksin.

Susulan itu,  400 Orang Asli di Bukit Tadom hadir ke Program Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Komuniti Orang Asli (KOA) Bukit Tadom yang diadakan di balai raya kampung berkenaan.

Bobot Bujang, 80, tidak melepaskan peluang mengambil vaksin bagi mengelak dirinya menjadi mangsa Covid-19.

“Kalau nenek tidak percaya nenek tidak datang. Sudah lama nenek tunggu untuk disuntik.

“Nenek ngeri tengok kes beribu-ribu dan ramai yang sudah meninggal dunia. Nasihat nenek kepada orang muda, ambillah vaksin untuk lindung nyawa,” kata ketika ditemui di PPV Bergerak di kampung itu yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah semalam.

Seorang surirumah, Jemah Anak Bencah, 51, berkata, dia percaya vaksin diambilnya mampu melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 setelah melihat berjuta orang meninggal dunia di seluruh dunia akibat dijangkiti wabak pandemik itu.

“Sudah ramai orang mengambil vaksin,Tok Batin pun sudah lama dapat vaksin. Saya percaya vaksin ini boleh melindungi diri saya daripada penyakit Covid-19. Kes semakin banyak itu yang menyebabkan saya terus datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin, Hadi Anak Jembik berkata, sebagai ketua beliau terlebih dahulu mengambil vaksin beberapa bulan lalu bagi memberi keyakinan kepada 400 anak buahnya untuk turut mengikuti jejaknya.

“Tanggungjawab saya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan anak buah saya. Saya kena menunjukkan contoh kepada anak buah supaya mereka percaya vaksin ini adalah ubat terbaik untuk melindungi diri daripada virus Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya