300 kilogram ikan cencaru diagihkan dalam lima minit - Utusan Malaysia

300 kilogram ikan cencaru diagihkan dalam lima minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sebanyak 300 kilogram ikan cencaru habis diagihkan kepada orang ramai dalam masa cuma lima minit di pekarangan Masjid Wakaf Tembesu di sini, hari ini.

Ikan sumbangan pasukan Elrah Terengganu itu bertujuan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini.

Wakilnya, Abdul Rahim Abdullah, 24, berkata, inisiatif itu dimulakan sejak minggu lalu dengan mengagihkan 500 kilogram ikan sama kepada penduduk di Jertih, Besut sebelum diteruskan di daerah ini dan Kuala Terengganu.

“Semalam kita turut menyumbangkan 200 kilogram ikan cencaru di Pantai Batu Buruk dan tidak sangka sambutan orang ramai sangat menggalakkan hingga ada makcik yang menangis ketika menerima bungkusan ikan berkenaan.

“Setiap penerima mendapat 1 kilogram ikan dan kita berharap bantuan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui.

Abdul Rahim berkata, keuntungan yang diperolehi hasil jualan baju Melayu dimanfaatkan bagi menjayakan kerja kebajikan itu. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya