Transfer bantu pulih ekonomi koperasi - Utusan Malaysia

Transfer bantu pulih ekonomi koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) di bawah Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi dengan peruntukan RM20 juta dijangka dapat memulihkan ekonomi koperasi yang terjejas melalui penerokaan peluang baharu.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memaklumkan, program itu antara tiga lagi program di bawah Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi diketengahkan sejajar usaha memulih dan mempergiatkan semula aktiviti ekonomi koperasi.

“Tiga program lain adalah Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) dan Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-DAPAT). 

“Transfer menyasarkan koperasi yang terjejas khususnya dalam sektor pelancongan serta yang tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu, untuk menceburi bidang perniagaan yang baharu, produktif dan mampu memberikan pulangan yang cepat. 

“Objektif program ini  adalah bagi membantu koperasi yang terjejas untuk meneroka peluang perniagaan yang baharu bagi menyedia dan meningkatkan sumber pendapatan,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, ia juga bagi menggalakkan koperasi untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan tidak tertumpu serta bergantung kepada satu sumber pendapatan. 

Menurutnya lagi, sasaran ditumpukan kepada koperasi yang terjejas khususnya dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri seperti hotel, rumah inap, perkhidmatan teksi dan bas, agen pelancongan dan lain-lain.

“Transfer akan dilaksanakan dalam tempoh satu tahun bermula Julai 2021 hingga Julai 2022 kepada setiap koperasi yang layak untuk meneroka dan menceburi perniagaan yang baharu. 

“Sebarang maklumat lanjut berhubung program Transfer boleh terus berhubung dengan ibu pejabat SKM dan mana-mana SKM Cawangan Negeri atau layari portal rasmi SKM di www.skm.gov.my,” jelas kenyataan sama. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya