Tiga anggota Geng 08 diberkas - Utusan Malaysia

Tiga anggota Geng 08 diberkas

AHMAD Ridhwan Mohd. Nor@Salleh (kanan) menunjukkan  rangka kenderaan yang dirampas polis di IPD Kuala Langat, Banting, Selangor, hari in. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Tiga anggota kumpulan kongsi gelap, Geng 08 diberkas polis dalam  operasi di Jalan Ladang Telok Taman Indah Jaya, di sini, Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah, Superitenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Salleh berkata, kesemua suspek ditahan dalam intipan yang dijalankan  sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Langat kira-kira pukul 12.30 tengah hari. 

“Semasa intipan dijalankan selama 30 minit, kesemua suspek sedang meleraikan komponen enam buah kenderaan dalam bengkel yang dibina di belakang sebuah rumah. 

“Selepas selesai mengintip, anggota polis masuk ke dalam bengkel itu bertanyakan sama ada semua kenderaan adalah milik mereka atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuala Langat, di sini, hari ini. 

Menurutnya, suspek mendakwa mereka membeli kesemua kenderaan secara pukal daripada seorang lelaki, namun gagal menunjukkan geran asal semua kenderaan apabila diminta berbuat demikian oleh. 

Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, Ahmad Ridhwan berkata, anggotanya  menahan kesemua suspek yang berusia lingkungan 29 tahun hingga 47 tahun tersebut. 

“Kumpulan terbabit dipercayai menjual komponen kenderaan yang mereka leraikan itu kepada kedai barang lusuh. 

“Kami turut merampas tujuh rangka kenderaan iaitu lima buah kereta, sebuah pacuan empat roda dan sebuah motosikal yang dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau seperti mencuri kenderaan, pecah rumah dan menganggotai kumpulan kongsi gelap. 

Menurut Ahmad Ridhwan, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995, Seksyen 6 Akta Barang Lusuh 1946 dan kompaun prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya