Tengku Zafrul diminta kurangkan jiwa `banker' - Utusan Malaysia

Tengku Zafrul diminta kurangkan jiwa `banker’

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz diselar apabila membuat kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan bank dan meminta rakyat memahami kerajaan tidak boleh meneruskan program i-Sinar dan i-Lestari.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata, rakyat memang tahu bahawa KWSP bukan institusi kewangan seperti bank tetapi mendakwa  kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menjadikan KWSP seperti bank.

“Rakyat hanya mahu mengeluarkan sedikit simpanan untuk menempuh situasi sukar.

“Menteri Kewangan kata KWSP bukan bank, rakyat memang tahu. Rakyat bukan mahu keluarkan caruman mereka setiap hari.

“Masalahnya, kerajaan PN yang jadikan KWSP macam bank. Kalau rakyat dah tengah susah, kenapa nak keluarkan sikit pun tidak boleh?

“Betullah itu simpanan hari tua. Tua sampai bila? Sampai mereka mati kebuluran?”kata Puad dalam catatan di Facebook pagi tadi

Menyentuh, isu moratorium pinjaman bank, Puad  mempersoalkan kenyataan Zafrul yang  menyatakan kerajaan tidak boleh memaksa dan mengawal bank.

“Kerajaan tidak kawal bank? Bukankah kerajaan yang keluarkan lesen bank?” tanya Puad.

Justeru, beliau meminta, Menteri Kewangan itu harus belajar makna ‘pemimpin berjiwa rakyat’, bukan pemimpin berjiwa ‘banker’.”

Minggu lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia, industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman serta moratorium.

Muhyiddin berkata, golongan B40 dan rakyat terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan penuh diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya