PETALING JAYA: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah portal yang mengaitkan dirinya bakal diangkat sama ada sebagai Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri. Menteri Luar itu menyifatkan perkara tersebut sebagai khabar angin yang tidak berasas. “Tidak berminat dengan berita khabar angin itu. Fokus saya ketika ini adalah kepada isu pandemik Covid-19 serta memperkukuhkan ekonomi,” kata Menteri Luar itu menerusi ciapan di Twitter semalam. Sejak malam kelmarin, beberapa portal memainkan isu kononnya ada cubaan mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO bagi memberikan sokongan kepada Hishammuddin untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya