Tak adil hukum pelajar ponteng PdPR - Utusan Malaysia

Tak adil hukum pelajar ponteng PdPR

EMPAT sepupu dari kiri, Ramli Ramizan, Muhamad Shah Rizuan Hamizan, Muhammad Shah Rizan Hamizan dan Nur Faizah Ramizan mengikuti PdPR di bawah pokok jambu air berikutan masalah internet yang lemah ketika belajar di dalam rumah mereka di Kempas Permatang, Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Murid yang gagal mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tidak wajar dihukum sebaliknya Kementerian Pendidikan perlu mencari punca kepada masalah itu.

Ini kerana terdapat pelbagai kemungkinan murid atau pelajar tidak dapat mengikuti sesi PdPR seperti mereka berdepan masalah capaian internet atau tiada peranti dan mungkin tidak mampu membeli data internet.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, memberi denda dan menghukum berdasarkan keadaan yang bukannya salah mereka tidak sepatutnya berlaku.

“Adalah lebih adil kita memperhalusi dan menyiasat mengapa murid tersebut tidak mengikuti PdPR.

“Kita lihat masih banyak permasalahan seperti capaian internet dan kekurangan peranti. Jadi jangan terus menghukum tetapi siasat, bantu dan beri bimbingan serta motivasi kepada mereka untuk terus mengikuti PdPR,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan menyarankan kementerian menggantung persekolahan murid yang tidak mengikuti PdPR tanpa alasan kukuh.

Menurut Mohamad Ali, dalam konteks PdPR, Pejabat Pendidikan Daerah perlu aktif dengan mengambil tahu masalah murid atau pelajar di kawasan mereka.

“Saya percaya murid atau pelajar ingin mendapatkan pendidikan tetapi cara belajar ikut norma baharu yang memerlukan kos tambahan selain kekangan internet mungkin jadi punca berlaku yang tidak boleh ikut PdPR,” katanya.

Sementara itu, , Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, semua pihak sepatutnya melihat permasalahan asas terlebih dahulu dan bukannya membuat analisis keputusan berasaskan kepada peraturan semasa.

Menurut beliau, sepatutnya dalam suasana sekarang, semua pihak perlu melihat kepada permasalahan yang dihadapai diiperingkat ibu bapa dan murid bagi mengatasi perkara tersebut.

“Belum sampai masa lagi kita membuat tindakan drastik kerana keadaan PdPR yang masih banyak kekurangan. Lebih sesuai beri ruang dan peluang kepada pihak sekolah menyelesaikan permasalahan penyertaan murid dalam PdPR,” katanya. – MINGGUAN MALAYSIA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya