Suami isteri didakwa tipu jual alatan dialisis   - Utusan Malaysia

Suami isteri didakwa tipu jual alatan dialisis  

Zanariah Apit dan Saifuddin Mohamad ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan membuat tuntutan tidak wujud melibatkan barangan rawatan bernilai hampir RM50,000. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bekas pengarah syarikat hemodialisis dan suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membuat tuntutan tidak wujud melibatkan barangan rawatan bernilai hampir RM50,000, tahun lalu.

Zanariah Apit, 50, dan Saifuddin Mohamad, 53, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. 

Mengikut pertuduhan, Zanariah didakwa memperdayakan Wan Zainuddin Ismail, 62, dengan menawarkan barangan dialisis tidak wujud daripada syarikat Artdeen Resources kepada syarikat Haemodialysis Yakin Jaya. 

Perbuatan tersebut mendorong mangsa menyerahkan wang RM49,200 secara cek deposit ke akaun Maybank. 

Kesalahan itu dilakukannya pukul 9 pagi di Taman Peringgit Jaya pada 11 Februari 2020 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Suaminya pula didakwa menyembunyikan suatu harta melalui akaun Maybank miliknya iaitu wang hasil penipuan daripada mangsa sama berjumlah RM49,200, pada tarikh sama di Jalan Hang Tuah. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Muhammad Nazrin membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi tertuduh wanita, manakala suaminya RM4,000. 

Beliau menetapkan tarikh 16 Ogos depan sebagai serahan dokumen dan sebutan semula kes. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya