Sidang Parlimen bukan medan cetus ketidakstabilan - Utusan Malaysia

Sidang Parlimen bukan medan cetus ketidakstabilan

MOHD. ZAIDI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peringatan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar sidang Parlimen tidak boleh digunakan untuk mencetuskan ketidakstabilan perlu diterima secara terbuka semua ahli Parlimen daripada setiap parti politik.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, semua pihak harus bersatu dan memikirkan negara ketika berdepan dengan krisis luar biasa melibatkan soal kesihatan, politik dan ekonomi yang sedang mencengkam rakyat ketika ini.

Beliau berkata, tiada sesiapa pun akan menang jika setiap orang asyik berpolitik dalam semua hal dan mahu terus berebut kuasa.

“Seruan Hishammuddin jelas mahu ahli-ahli politik meletakkan kepentingan rakyat dan negara di depan. Masa untuk berpolitik akan sampai apabila kita telah memenangi perang melawan pandemik ini.

“Pembangunan negara selepas pandemik adalah urusan dan tanggungjawab semua pihak dan  pemimpin politik sudah semestinya bertanggungjawab mencari jalan keluar daripada era kesusahan rakyat ketika ini dengan pelan dan kerangka kerja yang luar biasa,” katanya dalam kenyataan semalam.

MD. ALWI CHE AHMAD

Menyokong pendapat sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, tugas dan tanggungjawab ahli Parlimen sudah jelas untuk memberikan kestabilan kepada negara terutama ketika negara berada dalam kesusahan.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan juga tidak boleh bersikap terlalu antipembangkang dan begitulah sebaliknya peranan yang perlu dimainkan pembangkang supaya tidak bersikap mahu menjatuhkan kerajaan setiap saat.

“Rakyat muak dengan pertelingkahan politik kepartian yang tiada penghujung. Masing-masing ada tanggungjawab besar kepada perlembagaan parti,” katanya.

Terdahulu, Hishammuddin berkata, desakan politik agar Parlimen dibuka semula tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi dan seruan agar Parlimen kembali bersidang tidak boleh dijadikan alat pemuas nafsu politik sesetengah individu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya