Setiausaha politik MB Terengganu buat laporan polis  - Utusan Malaysia

Setiausaha politik MB Terengganu buat laporan polis 

MUHYIDDIN Abdul Rashid (tengah) menunjukkan laporan polis terhadap sebuah portal berita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di Kuala Terengganu pada 8 Jun 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Setiausaha politik kepada Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid hari ini membuat laporan polis terhadap  sebuah portal berhubung laporan yang didakwa memfitnah Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini  pukul 4.02 petang.

Muhyiddin berkata, laporan itu bagi membolehkan pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap kandungan berita yang bersifat fitnah, tidak benar, dan berniat jahat terhadap kredibiliti Menteri Besar.

“Saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan keresahan, kekalutan dan huru-hara dalam kalangan rakyat dengan membuat hasutan bertujuan membina prasangka buruk bagi menimbulkan kebencian memuncak terhadap kerajaan yang dipilih secara demokratik,

“Pihak berkenaan cuba mengambil kesempatan dan mencari sokongan politik murahan dalam keadaan kerajaan negeri serta rakyat yang sedang menghadapi ancaman bahaya Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Mengikut laporan portal itu antara lain mendakwa Ahmad Samsuri  hilang sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas selain wujud usaha-usaha menjatuhkan beliau daripada seorang Ahli Parlimen parti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN