19,851 budak bawah empat tahun dijangkiti Covid-19 sejak Januari - Utusan Malaysia

19,851 budak bawah empat tahun dijangkiti Covid-19 sejak Januari

Seorang kanak-kanak melakukan saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Serbaguna Bukit Antarbangsa di Ampang Jaya pada 18 Mei 2021. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Virus Covid-19 kini menular dalam dalam komuniti kanak-kanak dan orang dewasa harus menjadi pelindung bukan mendedahkan kumpulan itu dijangkiti wabak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter hari ini berkata, sebanyak 82,341 kes jangkitan Covid-19 dikesan membabitkan individu bawah 18 tahun, dalam tempoh 25 Januari hingga kelmarin.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 19,851 kes membabitkan bayi berusia bawah empat tahun.

Hisham memberitahu, sebanyak 8,237 kes lagi direkodkan membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga merekodkan 26,851 kes dan 27,402 kes, masing-masing bagi individu berusia tujuh hingga 12 tahun serta 13 hingga 17 tahun,” katanya.

Susulan itu, Noor Hisham terus menyeru rakyat mematuhi prosedur operasi standard.

Katanya, individu yang degil mendedahkan anak-anak dengan jangkitan Covid-19 boleh disiasat  melanggar SOP Majlis Kesihatan Negara (MKN). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya