Sembunyi di rumah mentua, suspek kelima ditahan - Utusan Malaysia

Sembunyi di rumah mentua, suspek kelima ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Suspek kelima dan terakhir yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk   kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ar. Yew Tung Seang diberkas di rumah mentuanya pagi tadi.

Suspek ditangkap pada pukul 1 pagi ketika serbuan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut  di sebuah kediaman di Titi Teras, Balik Pulau.

Suspek bersembunyi di rumah mentuanya selepas menjadi buruan polis sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, penahanan suspek  menjadikan  lima individu ditahan berkaitan kes terbabit setakat ini.

“Suspek kelima berusia 32 tahun itu ditahan di kawasan Balik Pulau,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, polis menyelesaikan kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP dalam tempoh kurang 24 jam.

Penahanan pertama membabitkan, empat lelaki termasuk dua beradik berusia l 27 hingga 37 tahun di sekitar Bagan Ajam, Butterworth pada pukul 10.15 pagi Sabtu.

Kejadian pecah masuk itu disedari ahli keluarga Datuk Bandar pada jam 9 pagi selepas mendapati ruang atas dan bawah rumah berada dalam keadaan berselerak.

Pemeriksaan lanjut di kediaman tersebut mendapati komputer riba, beg jenama Louis Vuitton, telefon bimbit, sejumlah mata wang asing, serta sebuah kereta jenis Honda CRV turut dilarikan penjenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya