Polis kejar tokan dadah sejauh 6km  - Utusan Malaysia

Polis kejar tokan dadah sejauh 6km 

SEORANG lelaki dipercayai tokan dadah diberkas polis di Batu Uban, Pulau Pinang selepas cuba melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Myvi sejauh enam kilometer.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis memberkas seorang lelaki dipercayai tokan dadah selepas bertindak mengejarnya sejauh enam kilometer (km) dari Greenlane hingga ke Batu Uban, di sini pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, suspek berusia 47 tahun berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi selepas merempuh seorang pejalan kaki hingga mangsa maut di tempat kejadian. 

Difahamkan, susulan penangkapan lelaki tempatan itu membawa kepada penemuan sejumlah bungkusan dadah termasuk peralatan menimbang di dalam kenderaan tersebut. 

Kejadian penahanan suspek di kawasan perumahan itu turut mengejutkan penduduk flat berhampiran selain gambar dan video kejadian turut tular dalam media sosial. 

Menerusi rakaman daripada seorang penghuni flat berhampiran, kelihatan sekumpulan anggota polis yang menaiki beberapa kenderaan cuba menghentikan kereta suspek sebelum memberkasnya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong turut mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu, maklumat lanjut berkaitan kejadian dimaklumkan kelak. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya