PKPD: Mahasiswa UUM disediakan makanan percuma - Utusan Malaysia

PKPD: Mahasiswa UUM disediakan makanan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kebajikan seramai 2,322 mahasiswa yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini sentiasa diberi keutamaan oleh pihak pengurusan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka terjamin.  

 Unit Komunikasi Korporat UUM dalam satu kenyataan memaklumkan,  sepanjang tempoh PKPD itu, pihak universiti menyediakan makanan percuma pada waktu pagi, tengah hari dan malam selain menyalurkan bantuan makanan kering kepada mahasiswa terlibat.

 Katanya, ahli keluarga mahasiswa berkenaan tidak perlu bimbang dengan keadaan dihadapi mereka.

 “Secara keseluruhannya, seramai 2,322 warga UUM terlibat dalam pelaksanaan PKPD. Seramai 2,067 daripadanya adalah mahasiswa terdiri daripada 1,823 mahasiswa tempatan dan 244 mahasiswa antarabangsa.

 “Bagi mahasiswa yang perlu mendapatkan barangan keperluan harian atau bahan mentah, mereka akan dibantu pihak pengurusan inapan siswa (Inasis) dan pusat penginapan pelajar (SAC),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

 PKPD di menara gading itu berlangsung selama dua minggu bermula 13 Jun lalu hingga 26 Jun depan.

 Selain mahasiswa, mereka yang turut terlibat dalam pelaksanaan PKPD tersebut terdiri daripada kakitangan universiti serta ahli keluarga mereka.

 Tambahnya, Bilik Gerakan Bencana UUM juga ketika ini diselaraskan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu bagi melancarkan urusan menyalurkan bantuan tersebut.

 Selain itu, jelasnya, sepanjang pelaksanaan PKPD, kakitangan UUM perlu bekerja dari rumah kecuali mereka yang terlibat dengan perkhidmatan perlu.

 “Kalangan mahasiswa tidak dibenarkan keluar dari inasis masing-masing. Selain itu, kawalan keluar masuk kampus turut melibatkan pihak polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) selain Jabatan Keselamatan UUM,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya