Pembangkang akur jika DUN Perak lewat bersidang - Utusan Malaysia

Pembangkang akur jika DUN Perak lewat bersidang

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pembangkang Perak akur jika sidang dewan undangan negeri (DUN) tidak dapat diadakan dalam tempoh terdekat disebabkan wabak Covid-19.

Ketuanya, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, persiapan untuk DUN Perak bersidang sudah dibuat, namun, disebabkan prosedur operasi standard (SOP), sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan ketika ini, persiapan perlu teliti dan kemas.

Menurutnya, persiapan terutama untuk memastikan SOP dipatuhi semasa bersidang, mengambil kira bantuan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sudah lapan negeri bersiap untuk sidang DUN masing-masing termasuk negeri di bawah pentadbiran Pakatan Nasional (PN).

“Bagi Perak, saya menjangkakan persidangan DUN mungkin lebih daripada sehari kerana ini pembukaan penggal baharu, bermakna ada titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Alhamdulillah, seperti yang sedia diketahui, Tuanku amat prihatin dan membantu dalam hal ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi berkata,
pembangkang juga akur dengan kedudukan pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri yang berada di bawah kawalan Kamar Peguam Negara untuk DUN bersidang.

“Persiapan sedemikian menyebabkan sidang tidak dapat dibuat dalam tempoh terdekat.
Ini lumrah dan tak dapat dielakkan.

“Bukan soal Kita tak faham makna segera atau secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, semalam, Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua
DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid di sini dengan perbincangan tertumpu kepada SOP dan tatacara pelaksanaan sidang DUN.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Setiausaha DUN, Nazri Abdullah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya