Pemandu teksi Alor Setar terima baucar tebus minyak  - Utusan Malaysia

Pemandu teksi Alor Setar terima baucar tebus minyak 

MEGAT D Shahriman Zaharudin (kanan) mengisi minyak salah sebuah teksi yang menerima baucar tebus minyak bernilai RM40 di Jalan Putra, Alor Setar, hari ini. UTUSAN/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 65 pemandu teksi di bandar raya ini menerima sumbangan baucar tebus minyak bernilai RM40 daripada Yayasan Usahawan Negara (YUN) di Jalan Putra  di sini, hari ini.

Pengerusi YUN, Datuk Sri Megat D Shahriman  Zaharudin berkata, pemandu teksi terlibat  juga menerima bantuan beras bagi meringankan beban mereka selepas  pendapatan mereka terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut beliau, kebanyakan pemandu teksi di sini adalah ahli-ahli Persatuan Teksi Perdana dan Pemandu Teksi Perkasa.

“Pihak kami menerima  keluhan daripasa pemandu teksi  yang rasa terpinggir selepas tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak sepanjang PKP ini.

“Malah, terdapat dalam kalangan mereka terpaksa menjual kenderaan mereka untuk meneruskan kehidupan selepas hilang punca pendapatan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan baucar  tebus minyak bernilai RM40 dan beras.

Menurut beliau, pemandu teksi boleh menebus baucar tersebut dengan mengisi minyak secara percuma di Stesen Minyak Petron, Jalan Putra di sini.

“YUN menyediakan peruntukkan sebanyak RM100,000 untuk menjayakan program tersebut bagi membantu golongan yang terkesan dengan PKP 3.0,'” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya