BESUT: Pelancongan di pulau-pulau peranginan yang menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negeri Terengganu lumpuh selepas aktivitinya terhenti sejak setahun lalu. Tahun 2021 yang diharap memberi sinar kepada kira-kira 3,000 penggiat pelancongan terutama di Pulau Perhentian, Redang dan Kapas, bagaimanapun bertukar sebaliknya apabila segelintirnya cuma dapat bertahan kurang dua bulan pada Mac dan April lalu. Mereka menanggung kerugian besar disebabkan perniagaan terhenti, pada masa sama pengusaha pusat pelancongan dan operator bot di situ juga terpaksa menanggung kos operasi dan gaji pekerja. Malah, Kuala Besut yang menjadi tumpuan hampir 200,000 pelancong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya