Pasar malam Batu Ferringhi tidak lagi meriah - Utusan Malaysia

Pasar malam Batu Ferringhi tidak lagi meriah

ebih 50 peniaga yang menjual pelbagai barangan cenderahati di situ terputus mata pencarian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kebiasaannya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sekitar 4 petang lagi deretan gerai-gerai besi beroda disusun di tepi jalan Batu Ferringhi, di sini yang dikenali ramai sebagai lokasi pasar malam untuk pelancong.

Namun, pemandangan di situ berubah menjadi sunyi dan lengang sejak PKP dilaksanakan kembali awal bulan ini, sehingga menyebabkan lebih 50 peniaga yang menjual pelbagai barangan cenderahati di situ terputus mata pencarian.

Tinjauan di tapak pasar malam Batu Ferringhi mendapati, gerai-gerai besi beroda kelihatan terbiar dan dikunci selepas tiada pelancong susulan penguatkuasaan PKP.

Seorang peniaga di pasar malam berkenaan, R. Sarojini, 59, berkata, dia yang sebelum ini berniaga baju T dan cenderamata lain terpaksa menutup perniagaan selepas PKP dilaksanakan.

“Saya sendiri tidak tahu sampai bila dapat bertahan kerana sepanjang tidak boleh berniaga, saya gunakan wang simpanan untuk membeli barang keperluan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, sejak Mac tahun lalu, perniagaan di pasar berkenaan juga perlahan kerana pandemik Covid-19 namun dia tetap berniaga kerana itu satu-satunya punca pendapatannya.

“Jika lebih lama PKP dilaksanakan, duit simpanan kami semua pasti habis,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Ramzan Abu Bakar, 45, berkata, setiap kali melalui kawasan pasar malam itu. dia pasti sedih mengenangkan nasib peniaga di situ.

“Dahulu kawasan ini meriah dengan pelancong siang dan malam namun kini lengang dan sunyi. Kami berharap situasi ini segera berakhir.

“Kerajaan perlu bantu peniaga yang bergantung kepada aktiviti pelancongan dengan benarkan kami berniaga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya