Orang Asli diseru jangan ragu ambil vaksin - Utusan Malaysia

Orang Asli diseru jangan ragu ambil vaksin

OHN Baharin Ayom ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV Dewan Pejabat Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol, Jempol hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Masyarakat Orang Asli dinasihatkan tidak ragu mendaftar dan mengambil vaksin Covid-19 kerana ia demi kebaikan rakyat secara keseluruhan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Orang Asli, Kampung Orang Asli Panchor, John Baharin Ayom, 53, berkata, tiada sebab untuk mereka tidak yakin malah golongan ‘frontliner’ telah terlebih dahulu divaksinasi.

“Kenapa perlu risau, vaksin ini telah diberi awal kepada barisan hadapan, polis, tentera, bomba, doktor, jururawat.

“Kalau ia tidak baik kenapa kerajaan nak beri kepada mereka, siapa nak jaga kita selepas ini jika sesuatu terjadi kepada mereka,” kata beliau di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pejabat Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol hari ini.

John Baharin dalam  kumpulan pertama masyarakat Orang Asli di daerah ini yang menerima vaksin hari ini.

Menyifatkan proses mengambil darah lebih sakit berbanding suntikan vaksin, dia mengakui peratus pendaftaran pengambilan vaksin di kampungnya masih rendah.

“Terdapat 600  penduduk di Kampung Orang Asli Panchor, jumlah yang daftar masih rendah, mereka masih takut-takut.

“Jadi hari ini saya hadir sebagai contoh dan bagi membuktikan bahawa vaksin ini bukan untuk merosakkan masyarakat tetapi demi kebaikan masyarakat. Insya-Allah, selepas saya cuba buat penerangan kepada mereka yang masih tidak yakin dengan proses pemberian vaksin ini,” katanya lagi.

Tambahnya, dia dan ahli keluarganya telah mendaftar untuk menerima vaksin sejak sebulan lalu iaitu secara manual dengan bantuan kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya