MB Kedah disiasat pandu uji kereta di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

MB Kedah disiasat pandu uji kereta di Pulau Pinang

GAMBAR yang tular di dalam laman sosial media Facebook yang mendakwa Menteri Besar Kedah melanggar PKP 3.0 apabila memandu uji kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar dan video tular dipercayai membabitkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kes  disiasat mengikut  Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. 

“Ya, polis buka kertas siasatan berhubung gambar dan video tular tersebut. Siasatan lanjut sedang dijalankan 

“Polis juga akan memanggil semua pihak terlibat termasuk penjual kereta, Menteri Besar (Kedah) dan mereka yang ada semasa kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Semalam seorang pengguna Facebook memuat naik hantaran dan beberapa keping gambar di dalam laman sosial yang mendakwa beberapa individu termasuk dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta di pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 

Hantaran itu tular di dalam laman sosial media dan mendapat kecaman netizen yang melahirkan rasa tidak puas hati termasuk mendesak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan. 

Meskipun hantaran asal pengguna Facebook itu  dipadamkan, namun ia sempat dikongsikan dan ditular semula di akaun Facebook pihak lain sehingga kini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya