Malaysia-Azerbaijan tingkat kerjasama tanaman padi  - Utusan Malaysia

Malaysia-Azerbaijan tingkat kerjasama tanaman padi 

Majlis menandatangani MoU secara dalam tailan oleh Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor (kiri, atas) dan Faig Khudayev (kanan, atas) disaksikan oleh Dr. Qaley Allahverdiyev, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Azerbaijan baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan pertanian terutamanya padi.

MoU itu adalah antara  Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Kementerian Pertanian Institut Penyelidikan Republik Azerbaijan Husbandri Tanaman.

Objektif kerjasama ini adalah untuk memperkuat, mempermudah, mengembang, mendorong, dan mempromosi kerjasama antara kedua-dua negara dalam membincangkan potensi projek yang berkaitan penyelidikan pertanian tanaman padi.

Selain itu, ia turut meneroka kerjasama melalui pertukaran staf teknikal dan penyelidik; aktiviti penyelidikan bersama, penyertaan dalam seminar, persidangan dan mesyuarat teknikal saintifik; program penyelidikan, projek atau aktiviti latihan jangka pendek; penggunaan bersama peralatan dan instrumen yang dimiliki.

MoU tersebut ditandatangani secara dalam talian bagi pihak Institut Penyelidikan Pertanian Azerbaijan oleh Faig Khudayev dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Duta Besar Republik Azerbaijan di Malaysia, Dr. Qaley Allahverdiyev dan juga wakil Kedutaan Besar Malaysia di Azerbaijan.

Pada 2019, jumlah hasil padi di Azerbaijan adalah 27,613 tan per hektar. Menurut laporan TrendEconomy April 2021, republik ini juga adalah pengeksport utama beras ke Rusia selain ke Latvia pada tahun 2020.

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya