Makan telur penyu: Ini mainan politik kotor kata Bung Moktar - Utusan Malaysia

 Makan telur penyu: Ini mainan politik kotor kata Bung Moktar

GAMBAR tular yang mendakwa Bung Moktar Radin makan telur penyu yang merupakan satu kesalahan di bawah Enakmen Hidupan Liar 1997.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan gambar tular berkaitan hidangan telur penyu yang dikaitkan dengannya.

Semalam, satu gambar tular dalam media sosial menunjukkan Bung Moktar bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag sedang menikmati hidangan yang didakwa turut mempunyai telur penyu.

Bung Moktar berkata, apa yang disebarkan itu hanya fitnah yang cuba menjatuhkan kerjayanya dalam bidang politik. Tindakan itu juga dilihat mahu mewujudkan persepsi tidak baik terhadapnya dan satu langkah murahan demi kepentingan peribadi.

“Inilah fitnah yang dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier politik saya dengan isu yang terlalu murahan dan tidak bertamadun.

“Gambar ini sudah lama, sejak sebulan yang lalu, sememangnya ini tidak betul,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pemilik asal gambar itu menerusi akaun Facebooknya, Rapidcdorezo mendakwa gambar tersebut disunting pihak tidak bertanggungjawab. 

Rezo mendakwa gambar makanan di atas meja itu sebenarnya adalah telur ayam yang sudah direbus serta dikupas kulit dan ia bukanlah telur penyu seperti didakwa.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin menyatakan beliau telah mengarahkan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan tersebut. 

Jafry, yang juga Setiausaha UMNO Sabah meminta semua pihak memberikan ruang kepada agensi berkaitan untuk menjalankan tugas terlebih dahulu.

Berdasarkan undang-undang, penyu adalah haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Hidupan Liar 1987 di Sabah maka, penjualan sebarang hasil termasuk telur haiwan ini adalah satu kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya