MAIS sasar agih RM2 juta bantu keluarga terkesan - Utusan Malaysia

MAIS sasar agih RM2 juta bantu keluarga terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM–Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan RM2 juta bagi membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Bantuan tersebut melibatkan golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan tanpa gaji, dikurangkan gaji sehingga 50% atau yang hilang punca pendapatan.

Menurut Setiausaha MAIS,Dr.Ahmad Shahir Makhtar, MAIS telah mengagihkan sumbangan kepada 15,418 keluarga penerima dengan jumlah agihan sebanyak RM1,514,800 dari peruntukan agihan fidyah MAIS sejak Program Agihan Fidyah MAIS ini dilancarkan pada 28 Disember tahun lalu.

“Sumbangan berupa pek barangan makanan kepada pemohon yang layak, dilaksanakan dengan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), masjid dan surau di daerah yang terlibat.

“RSAFM berperanan membantu mengemaskini dan mengesahkan maklumat mereka yang memerlukan dan membantu pengagihan fidyah MAIS,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shahir berkata, MAIS berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh setiap ketua keluarga yang terkesan bagi memastikan mereka mendapat bekalan makanan seharian yang mencukupi, terutamanya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya lagi, MAIS mengajak semua umat Islam di negeri Selangor yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan memerlukan bekalan makanan asasi untuk menyertai Program Sumbangan Agihan Fidyah MAIS dengan menghubungi mana-mana Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS.

Jelasnya lagi, sebarang masalah dan kemusykilan berkaitan permohonan bantuan agihan fidyah MAIS, pemohon boleh merujuk pegawai urusetia Agihan Fidyah MAIS (AFM) iaitu Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil di talian 0192646277 atau Amirah Addilah Mohd Johari di talian 0173272069. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya