PETALING JAYA: Pengumuman Kementerian Pendidikan untuk mengambil secara one-off 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 diharap memberi keutamaan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG). Pengisian jawatan tersebut juga tidak boleh dilakukan secara ‘tangkap muat’ demi menjamin kualiti pendidikan negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), Chonnel George berkata, buat masa ini terdapat seramai 4,390 graduan ISMP di seluruh negara belum mendapat tawaran bergelar guru sehingga ada antara mereka didakwa sanggup bekerja dalam bidang lain termasuk menjadi pengawal keselamatan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya