Langkah proaktif bendung ketidakhadiran calon - Utusan Malaysia

Langkah proaktif bendung ketidakhadiran calon

AMINUDDIN AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah proaktif perlu dibuat bagi membendung ketidakhadiran calon dalam mana-mana peperiksaan sebagaimana yang berlaku pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, kerajaan atau mana-mana pihak yang berkaitan perlu membuat kajian terperinci supaya langkah-langkah dapat diambil terhadap calon SPM 2021 agar perkara sama tidak berulang.

“Kebiasaannya, permasalahan tidak lari jauh jika kita dapat mengenal pasti puncanya. Pada masa yang sama, perkara itu juga perlu diberi perhatian pada calon SPM tahun ini supaya langkah proaktif dan pencegahan dapat diambil.

“Perkara itu (ketidakhadiran calon SPM 2020) sudah lepas tetapi kita perlukan data punca ia berlaku. Agak mustahil untuk menghapuskan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat meminimumkan ketidakhadiran terutamanya pada calon SPM tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, seramai 19,601 calon SPM 2020 tidak hadir peperiksaan.

 

MOHD AZIZEE HASAN

Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd. Azizee Hasan berkata, pelan kontigensi perlu disediakan untuk membantu mereka daripada terus tercicir kerana ia melibatkan masa depan mereka.

“Angka gred purata nasional (GPN) 4.8 itu hanyalah laporan untuk 381,804 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2020.

“Perlu mengenal pasti pelajar yang tercicir, sebab mereka keciciran. Boleh mengadakan peperiksaan khas untuk mereka dan perlunya peranan sekolah atau kaunselor menangani sekiranya mereka tercicir disebabkan tidak mahu mengambil peperiksaan,” katanya.

Tambah beliau, Kementerian Pendidikan juga perlu mengenal pasti dan membantu pelajar tersebut yang mana jika majoritinya adalah dari luar bandar, maka kementerian boleh memberikan peluang kepada mereka mengambil peperiksaan khas subjek teras SPM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya