Koperal ditemui mati tergantung atas pokok - Utusan Malaysia

Koperal ditemui mati tergantung atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang anggota polis berpangkat koperal  ditemui mati tergantung di atas pokok di tepi sungai berhampiran Taman Kanak-Kanak, Kota Tinggi di sini semalam.

Mayat anggota polis itu ditemui pada pukul 12.55 tengah hari tergantung pada dahan pokok oleh orang awam.

Mangsa berusia 30 tahun adalah  anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada kecederaan atau unsur-unsur jenayah ke atas badan mangsa.

“Siasatan kita juga mendapati mangsa yang berasal daripada Kuching, Sarawak dipercayai membunuh diri selepas mengalami kemurungan.

“Mangsa juga pernah mendapatkan rawatan psikiatri di hospital berhubung masalah kesihatan yang dialaminya,”kata beliau di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya