Kilang arang, plastik kena kompaun - Utusan Malaysia

Kilang arang, plastik kena kompaun

ADZLI Abu Shah (tiga dari kiri) menyoal siasat seorang pekerja ketika melakukan pemeriksaan di kilang kayu arang di kawasan perindustrian kecil Bukit Selambau, Sungai Petani, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua buah kilang dikenakan kompaun selepas dikesan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tanpa surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di kawasan perindustrian kecil Bukit Selambau di sini  semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dua kilang tersebut didapati melakukan kesalahan tersebut ketika pemeriksaan khas bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pengilangan pada pukul 9.30 malam hingga 11.40 malam tadi.

Menurut beliau, salah sebuah kilang tersebut kilang arang yang membuat pengisytiharan palsu pada surat kebenaran MITI. 

“Siasatan mendapati, berdasarkan pendaftaran dengan MITI, ia didaftarkan sebagai ‘oil and gas’ iaitu sektor dibenarkan  beroperasi sepanjang PKP ini.

“Kilang terbabit telah diarah ditutup dan dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar SOP PKP 3.0 di bawah Seksyen 34(2)(a) dan Seksyen 36 (1)(b) Akta Kilang dan Jentera 1967, Seksyen 24(D) Akta 445 Standard Minimum Perumahan dan Penginapan Pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, kilang kayu arang mempunyai 13 pekerja warga asing yang ada dokumen dan  tujuh penduduk tempatan.

Adzli menambah, sebuah lagi kilang dikenakan kompaun  RM10,000  ialah kilang memproses bahan kitar semula tembaga dan plastik.

Jelasnya, kilang terbabit yang mempunyai empat pekerja didapati menggunakan surat kebenaran daripada MITI yang sudah tamat tempoh.

“Surat kebenaran MITI yang digunakan oleh kilang tersebut bertarikh sebelum pelaksanaan PKP pada 1 Jun lalu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya