Kabel voltan tinggi TNB siap awal - Utusan Malaysia

Kabel voltan tinggi TNB siap awal

Head Grid Maintenance TNB, Kamarol Zaman Razak (dua dari kiri) membuat tinjauan kerja-kerja baik pulih pada hari pertama dilaksanakan bermula 4 Mac 2021 Yang hadir sama, Head Grid Maintenance (North) TNB, Ir. Muhamad Shah Rizal Suleiman (tiga dari kiri); Principal Engineer (Lines & Cable) Grid Maintenance (North) TNB, Ir. Ts. Kamarulzaman Mohd. Dahari (kiri) dan Jurutera (Kabel) Grid Maintenance (North) TNB, Muhammad Farid Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerja-kerja membaiki kabel voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terbakar di Kilometer 3.2 Jambatan Pulau Pinang, siap lebih awal dan dijangka mula tugas pada 25 Jun ini iaitu  11 hari lebih awal daripada jadual.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir. Husaini Husin berkata, komitmen pantas dan berterusan TNB dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Plus Malaysia Bhd. (PLUS) membolehkan kerja-kerja baik pulih berjalan lebih cepat daripada dijadualkan iaitu 6 Julai 2021 meskipun berdepan keadaan laut yang bergelora.

“Kerja-kerja baik pulih bermula pada 4 Mac 2021 melibatkan penggantian tiga kabel voltan tinggi dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara sepanjang kira-kira satu kilometer.

“Sepanjang tempoh pembaikan, kelancaran trafik di Jambatan Pulau Pinang tidak terganggu sama sekali kerana TNB hanya menggunakan jalan laut. Kerja-kerja pembaikan juga tidak menjejaskan daya harap dan kestabilan bekalan elektrik ke Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, TNB menggunakan bot dan baj bagi mengangkat peralatan dan alat ganti, selain melakukan kerja merentang kabel menggunakan baj sepenuhnya.

“Keutamaan TNB ialah memulihkan kerosakan yang berlaku agar pengguna di Pulau Pinang dapat berterusan menerima bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap, selaras dengan nilai teras kami yang Mengutamakan Pelanggan.

“TNB berterima kasih atas kerjasama yang diberikan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Suruhanjaya Tenaga (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), LLM, PLUS, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penang Port Sdn. Bhd.,” katanya.

Laporan siasatan kejadian sedang disediakan dan akan dimuktamadkan bersama PLUS bulan depan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya