JAIM tangguh NCR, kekeluargaan Islam  - Utusan Malaysia

JAIM tangguh NCR, kekeluargaan Islam 

CHE SUKRI CHE MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menangguhkan semua perkhidmatan nikah, cerai dan rujuk (NCR) serta kekeluargaan Islam yang baharu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 Jun ini.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pengecualian pelaksanaan akad nikah hanya diberikan kepada pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin pada 15 hingga 30 Jun.

Menurut beliau, orang awam boleh merujuk pekeliling JAIM Bil. 10/2021 bertarikh 31 Mei bagi mengetahui tatacara majlis akad nikah semasa PKP 3.0.

“Selain itu, rujukan maklumat perkhidmatan NCR dan kekeluargaan yang ditangguhkan serta senarai perkhidmatan yang boleh dijalankan secara dalam talian juga disediakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Che Sukri, pihaknya menutup semua urusan kaunter JAIM yang berkaitan NCR dan kekeluargaan Islam secara bersemuka sehingga 28 Jun ini.

“Orang awam dinasihatkan berurusan secara dalam talian melalui telefon, emel dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM),” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dan sekatan pergerakan penuh yang sepatutnya berakhir semalam dilanjutkan  dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun sehingga 28 Jun 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya