Helikopter TLDM mendarat cemas, tiada kru cedera - Utusan Malaysia

Helikopter TLDM mendarat cemas, tiada kru cedera

Keadaan helikopter milik TLDM yang membuat pendaratan cemas di Lumut hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec melakukan pendaratan cemas di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari berlaku semasa helikopter berkenaan sedang membuat penerbangan operasi di dalam Pangkalan TLDM Lumut.

Katanya, semua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan kejadian terkawal,” ujar kenyataan tersebut.

Susulan insiden ini, TLDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Ini  kejadian kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.

Selain enam buah helicopter AS 555 SN Fennec, TLDM turut mengoperasikan enam helicopter tempur jenis Super Lynx yang kesemuanya memiliki rekod penerbangan yang cemerlang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya