Guna wang simpanan bayar gaji 22 pekerja - Utusan Malaysia

Guna wang simpanan bayar gaji 22 pekerja

SUASANA Medan Ikan Bakar Kuala Dungun di Dungun yang sunyi kerana kesemua empat pengusahanya tidak beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menghimpit seorang pengusaha kedai makan di Medan Ikan Bakar Kuala Dungun di sini yang terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk membayar gaji 22 pekerja.

Rizuan Yusof, 50, berkata, walaupun hilang sumber pendapatan kerana tidak beroperasi lebih sebulan lalu, namun upah tetap dibayar bagi memastikan pekerja tidak hilang mata pencarian.

Katanya, keputusan kerajaan melanjutkan tempoh PKP menimbulkan lagi kebimbangan kerana perlu menanggung kerugian.

“Memang boleh berniaga tetapi dengan masa yang terhad sehingga pukul 8 malam, tidak berbaloi untuk beroperasi kerana kami menyediakan menu masakan panas dan ikan bakar.

“Sebelum ini hasil jualan boleh mencecah hingga RM3,500 sehari kerana Medan Ikan Bakar ini sering menjadi tumpuan dan pilihan orang ramai untuk menjamu selera,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Rizuan, kali terakhir kedai makan Putera Duyong yang diusahakannya sejak 10 tahun lalu beroperasi ialah dua hari menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Wan Ali Wan Husin, 42, berkata, jangkaan awal untuk meraih pendapatan lumayan sebagaimana pada Ramadan lalu meleset berikutan pelaksanaan PKP.

“Saya ingatkan selepas Aidilfitri boleh menarik nafas lega kerana perniagaan cukup baik pada bulan puasa lalu.

“Langkah menutup sementara perniagaan ini bagi mengelak kerugian lebih besar kerana kos harian yang perlu dikeluarkan antaranya RM1,000 untuk pembayaran gaji pekerja manakala sewa premis pula sebanyak RM1,600 sebulan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya