Gadis selamatkan anak anjing dalam guni - Utusan Malaysia

Gadis selamatkan anak anjing dalam guni

AQILAH Yuhanis Anuar bermain dengan anak anjing yang diselamatkan selepas haiwan itu ditemukan dibuang dalam guni dan diikat lehernya di kawasan perindustrian Paka, Dungun Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang gadis kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu menyumbat seekor anak anjing ke dalam  guni sebelum diikat dan dibuang di kawasan perindustrian Paka di sini Rabu lalu.

Aqilah Yuhanis Anuar, 24, berkata, sifat tidak berperikemanusian menyebabkan haiwan berkenaan nyaris mati kerana tidak boleh bernafas.

Gadis pencinta haiwan itu memberanikan diri membuka guni berkenaan selepas melihat bungkusan tersebut bergerak.

Kejadian itu berlaku ketika dia  dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas makan tengah hari.

“Saya terkejut,  panik dan sedih hingga mengalirkan air mata melihat seekor anak anjing yang sudah tercungap-cungap, kalau mahu dibuang bukalah dahulu ikatan tali pada guni.

“Sekiranya saya tidak melalui jalan itu mungkin haiwan berkenaan sudah mati sedangkan anjing pun makhluk Allah dan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Aqilah Yuhanis, pembantu akaun di kawasan perindustrian Paka berkata, anak anjing malang dipanggil ‘boy’ dibawa pulang dan diletakkan di bengkel tempatnya bekerja.

Katanya, menjadi rutinnya memberi makan kepada beberapa anjing liar di kawasan itu sejak tiga tahun bertugas di situ.

“Sebelum ini saya memang takutkan anjing tetapi selepas mula memberinya makan, haiwan berkenaan tidak segarang disangka,” katanya.

Kisah Aqilah Yuhanis menyelamatkan anak anjing malang itu tular di laman sosial selepas dia memuat naik video di laman TikTok di samping turut berkongsi perkembangan semasa boy yang semakin ceria. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya