Dua maut kemalangan membabitkan tiga motosikal - Utusan Malaysia

Dua maut kemalangan membabitkan tiga motosikal

SALAH sebuah motosikal rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Taman Nelayan, Kubang Rotan, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Taman Nelayan, Kubang Rotan, Kuala Kedah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kemalangan yang berlaku pada  pukul 8.25 malam itu menyebabkan penunggang motosikal itu, Amir Husaini Mohd. Rodzi, 15, dan Hamdan Adnan, 40, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, Amir Husaini  merupakan seorang pelajar yang tinggal di Taman Seri Makmur, Kubang Rotan manakala Hamdan pula bekerja nelayan menetap di Taman Kota Nelayan Seberang Kota, di sini.

Katanya,, siasatan awal mendapati, Amir Husaini yang menunggang motosikal jenis Honda dari arah perjalanan dari Taman Nelayan menghala ke Kubang Rotan manakala motosikal jenis SYM Sport Bonus yang ditunggangi Hamdan dari arah bertentangan bertembung di tempat kejadian itu.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas dipercayai salah seorang daripada mereka memasuki laluan bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal yang ditunggangi Hamdan terpelanting sebelum melanggar motosikal Yamaha Y125ZR  yang ditunggang lelaki berusia 22 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini,hari ini.

Ahmad Shukri berkata, berikutan kejadian itu, Amir Husaini dan Hamdan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal, Muhamad Hidayat Rosli, 22, mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya