Covid-19 tak pilih mangsa jadi patuh SOP di semua tempat - Utusan Malaysia

Covid-19 tak pilih mangsa jadi patuh SOP di semua tempat

Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Tanah Merah turut mengenakan kompaun terhadap individu yang tidak mengimbas aplikasi My Sejahtera ketika mengunjungi premis perniagaan di Jeli semalam. - Ihsan KPDNHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Jangan sangka prosedur operasi standard (SOP) boleh diabaikan di kawasan luar bandar kerana lokasi tersebut juga tidak terlepas daripada dipantau pihak berkuasa.

Lebih penting, pandemik Covid-19 menular di mana-mana tanpa mengira tempat atau siapa mangsanya.

Itu pengajaran diterima dua individu berusia 40 dan 51 tahun yang dikompaun RM1,500 setiap seorang, gara-gara gagal mengimbas kod aplikasi MySejahtera sebelum masing-masing memasuki kedai runcit dan bengkel motosikal di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, apabila ditanya, ‘terlupa’ menjadi alasan dua individu terbabit.

“Kompaun kepada mereka dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas tidak mengimbas kod aplikasi MySejahtera. Semakan mendapati mereka juga tidak menulis secara manual dalam buku rekod kehadiran.

“Kita Serius dalam hal ingkar SOP kerana kerajaan sudah mengeluarkan arahan bagi mengekang penyebaran Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak pelaksanaan sekatan pergerakan penuh 1 Jun lalu, penguat kuasa KPDNHHEP memantau pematuhan orang ramai terhadap SOP tanpa mengira lokasi.

Katanya, dalam tempoh seminggu, lima kesalahan tidak mengimbas kod aplikasi MySejahtera atau mencatatkan butiran diri secara manual direkodkan ketika pemeriksaan di 158 premis sekitar daerah ini dan Tanah Merah.

“Kita harap masyarakat dan pemilik premis perniagaan mengambil perhatian serius perkara berkaitan pematuhan SOP bagi membantu kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya