PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 5,218 kes baharu Covid-19 hari ini dengan Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan angka jangkitan tertinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini meningkat kepada 739,266 kes.
Selain Selangor merekodkan sebanyak 1,989 kes, diikuti Negeri Sembilan (629), Kuala Lumpur (469), Sarawak (409), Perak (400), Sabah (258), Johor (243) dan Melaka (183). – UTUSAN