PETALING JAYA: Sebanyak 7,748 kes positif baharu Covid-19, direkodkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini mencecah 603,122 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan sebanyak 2,612 hari ini, menjadikan jumlah kes di negeri itu setakat ini sebanyak 197,459.
Menurut beliau, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 851 kes baharu, disusuli Sarawak (706) dan Johor (446).- UTUSAN