CITF Kebangsaan, Selangor nyata komitmen tambah PPV - Utusan Malaysia

CITF Kebangsaan, Selangor nyata komitmen tambah PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menyatakan komitmen untuk bersama-sama mempermudah serta menambah bilangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini. 

Selain itu, kedua pihak turut bersetuju memperkemas dan menambah tenaga kerja serta sukarelawan bagi memastikan kelancaran pengoperasian PPV yang akan dibuka nanti dengan kerjasama Selgate Healthcare Sdn. Bhd. dan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

Menurut kenyataan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, turut ditambah adalah unit PPV bergerak (mobile unit) bagi membantu mempercepat proses imunisasi.

“Ini adalah bagi memenuhi sasaran untuk Selangor mencapai sebanyak 135,000 kadar vaksinasi harian menjelang Julai, seterusnya meningkat kepada 165,000 imunisasi sehari menjelang Ogos.

“Bersama-sama dengan program PICK Fasa 4 atau juga disebut sebagai Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kerjasama ini merupakan suatu bukti tuntas kesepaduan usaha antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Kenyataan bersama tersebut dibuat kedua pihak setelah mengadakan  mesyuarat CITF Peringkat Negeri Selangor di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor tengah hari tadi.

Jelas kedua pihak lagi, usaha-usaha tersebut diharap akan mempercepatkan usaha mencapai imuniti kelompok dan mengeluarkan rakyat negara ini daripada gelombang wabak Covid-19.

Dalam masa yang sama, CITF Persekutuan dan CITF negeri bersetuju terus menumpukan usaha vaksinasi untuk golongan rentan seperti warga emas, Orang  Kurang Upaya (OKU) dan golongan komorbid tanpa mengetepikan kepentingan warga lain.

“Pelaksanaan PICK Negeri Selangor Fasa 2 untuk warga emas telah pun mencapai 88 peratus daripada keseluruhan warga emas yang berdaftar.

“Memandangkan masih ada warga yang belum berdaftar, usaha-usaha jangkau luar (outreach) oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor sedang giat dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya