Calon SPM, STPM diberi keutamaan vaksin terlebih dahulu - Utusan Malaysia

Calon SPM, STPM diberi keutamaan vaksin terlebih dahulu

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelajar kelas peperiksaan khususnya yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi  Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Berita itu dikongsi Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan, cadangan tersebut dipersetujui Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang dipengerusikan Menteri Penyelaras  Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

RADZI JIDIN

“Alhamdulillah, cadangan Kementerian Pendidikan agar pelajar kelas peperiksaan diberi keutamaan untuk divaksin telah dipersetujui CITF.

“Ini adalah susulan kelulusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech  untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas di negara ini,” katanya.

Sebelum ini, Khairy pada sesi webinar anjuran Oxford and Cambridge Society of Malaysia memaklumkan, CITF akan memberi keutamaan vaksin kepada kumpulan pelajar itu terlebih dahulu.

Selain itu Khairy juga menjelaskan, keutamaan vaksin turut diberikan kepada kira-kira 350,000 pelajar dan 47,000 guru  yang terbabit kelas peperiksaan itu.

“Cadangan vaksinasi kepada pelajar kelas peperiksaan itu masuk akal kerana mereka boleh kembali ke sekolah secara berperingkat untuk persediaan menghadapi peperiksaan.

“Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk fokus kepada kelas peperiksaan terlebih dahulu termasuk  guru, kakitangan sokongan dan pelajar terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi berkata, setakat ini, lebih 90,000 orang guru telah menerima sekurangkurangnya satu dos suntikan
vaksin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN