Berpuluh tahun hidu bau najis babi - Utusan Malaysia

Berpuluh tahun hidu bau najis babi

BAU busuk daripada sisa najis babi yang dialirkan ke dalam Sungai Kereh, antara Kepala Batas dan Tasek Gelugor di Pulau Pinang menganggu penduduk terutama ketika air melimpah ekoran hujan lebat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS:  “Cukup-cukuplah. Sudah berpuluh tahun kami sengsara kerana terpaksa menghidu bau busuk akibat najis babi di sini.

“Mengapa perlu dicadangkan pula untuk mewartakan Kampung Selamat sebagai kawasan penternakan babi berpusat?”

Itu antara luahan segelintir penduduk setempat yang membantah Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 (DRT2030) oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk menjadikan kawasan seluas kira-kira 200 hektar di kampung tersebut sebagai lokasi penternakan babi berskala besar.

Difahamkan, ketika ini draf rancangan tempatan itu dalam peringkat publisiti dan penyertaan awam sebelum diwartakan sepenuhnya tidak lama lagi.

ISMAIL HASSAN

Pengerusi Kariah Kampung Selamat, Ismail Hassan, 56, berkata, apa yang menjadi kerisauan penduduk apabila rancangan penempatan babi berpusat itu diwartakan kelak, lebih banyak masalah timbul berbanding manfaat khususnya kepada penduduk setempat.

“Masalah utama adalah setiap kali tibanya musim hujan, air dari Sungai Kereh melimpah ke tebing dan menghasilkan bau yang sangat tidak menyenangkan.

“Hampir setiap tahun bantahan dibuat namun masih tiada tanda isu yang berlarutan sejak lebih 40 tahun lalu ini selesai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

SEBAHAGIAN penduduk kampung menyatakan bantahan terhadap cadangan pewartaan kawasan di Kampung Selamat, Pulau Pinang sebagai kawasan penternakan babi berpusat dalam DRT2030.

Bagi Ketua Dewan Pemuda Pas Kepala Batas, Mohd. Azam Abdullah yang juga anggota jawatan kuasa bertindak membantah pewartaan Kampung Selamat sebagai kawasan penternakan babi berpusat, kerajaan negeri sepatutnya menjaga sensitiviti penduduk sebelum mengambil sebarang keputusan berkaitan.

“Mereka (MBSP atau wakil kerajaan negeri) boleh turun padang berjumpa penduduk setempat terutama orang Melayu dan umat Islam kerana lebih daripada separuh mereka tinggal di Kampung Selamat ,” ujarnya.

Menurutnya, jika cadangan tersebut perlu diteruskan, kerajaan negeri wajar memikirkan lokasi baharu yang dihuni oleh majoriti penduduk bukan Islam seperti di Butterworth, Bukit Mertajam atau Jawi di Seberang Perai Selatan (SPS).

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya