Beri sinar, harapan baharu pembelajaran bersemuka - Utusan Malaysia

Beri sinar, harapan baharu pembelajaran bersemuka

PEMBERIAN vaksin membolehkan calon-calon SPM, STPM melakukan pembelajaran bersemuka, sekali gus memberi tumpuan kepada peperiksaan itu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah mengutamakan pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan  Malaysia (STPM) 2021 bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dilihat memberi sinar dan harapan baharu kepada  mereka untuk melakukan pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia, Mohd. Azizee Hasan berkata, malah usaha  itu dapat memberi jaminan keselamatan daripada segi kesihatan kepada pelajar terlibat daripada virus Covid-19 ketika mereka belajar di sekolah bersama-sama rakan sekelas lain.

Katanya, ia secara langsung dapat memberi peluang kepada calon SPM dan STPM untuk kembali ke sekolah dengan  segera dan dapat menumpukan fokus terhadap aspek pembelajaran.

“Ini merupakan sinar baharu kepada pelajar dan bukan sahaja mereka, malah di dalam kalangan ibu bapa apabila  bertambah yakin untuk menghantar anak-anak belajar di sekolah kelak.

“Di samping itu, ia sebagai persediaan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih baik dan tidak perlu  lagi bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) khususnya mereka menghadapi masalah alat peranti dan pencapaian internet,” katanya.

Ujar Mohd. Azizee, pihaknya mencadangkan agar suntikan vaksin dapat diutamakan di kawasan berisiko tinggi khususnya zon merah dan seterusnya diperluaskan ke seluruh negara dengan seberapa segera.

Katanya, suntikan wajar dilakukan dengan cepat agar pelajar terlibat dapat segera kembali ke sekolah untuk menjalani  pembelajaran bersama.

“Selain para pelajar, guru-guru yang terlibat dalam SPM dan STPM perlu menerima suntikan vaksin memandangkan  mereka tonggak utama dalam aspek pembelajaran para pelajar.

“Kita sambut baik terhadap usaha sebegini dan berharap ia dapat dilakukan dengan segera dan lebih agresif,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr. Zainal Arifin Omar berkata, kebenaran Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) terhadap penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada golongan berumur 12 tahun dan ke atas  jelas menunjukkan ia selamat untuk para pelajar.

Katanya, terdapat negara lain yang membenarkan suntikan kepada golongan berusia 12 tahun, sekali gus ia berupaya memberi jaminan imuniti terhadap kumpulan terlibat.

“Untuk pelajar, kalau boleh teruskan suntikan vaksin tanpa melalui pendaftaran MySejahtera dan ia lebih mudah kerana suntikan boleh dilakukan tanpa pergi pusat pemberian vaksin.

“Seperti kita dahulu, suntikan dilakukan di sekolah dan ibu bapa memberikan surat kebenaran untuk melakukan suntikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya