Batin Jantan bukti 'kejantanan' - Utusan Malaysia

Batin Jantan bukti ‘kejantanan’

JANTAN Bujing (kiri) dan isterinya yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pengambilan Vaksin, Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Bagi menjadi contoh kepada masyarakat Orang Asli etnik Semaq Beri, seorang tok batin membuktikan ‘kejantanannya’ dengan melengkapkan dos pertama dan kedua suntikan vaksin Covid-19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tok Batin Perkampungan Orang Asli Batu 55 di sini, Jantan Bujing, 60, berkata, bukan sahaja dirinya malah lapan ahli keluarganya lengkap menerima suntikan vaksin itu.

Beliau berkata, rakyat khususnya masyarakat Orang Asli tidak perlu takut menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana dia dan lapan ahlinya keluarganya langsung tidak mempunyai sebarang kompilasi.

“Kami yakin dengan keberkesanan vaksin Covid-19 dalam menghalang jangkitan pandemik ini kepada diri, keluarga dan orang ramai.

“Saya dan keluarga mahu menjadi contoh kepada masyarakat Orang Asli khususnya anak buah etnik Semaq Beri di kampung ini,” katanya di sini semalam.

Jantan berkata, ketua keluarga atau ketua masyarakat perlu menjadi contoh menarik individu lain mengambil suntikan vaksin Covid-19.

“Ini peranan ketua keluarga dan masyarakat khususnya memberi keyakinan kepada individu yang fobia atau takut dengan jarum suntikan.

“Kita seharusnya membuktikan kejantanan terlebih dahulu disuntik dan selepas itu semua ahli keluarga perlu terlibat sama,” katanya.

Tambahnya, masyarakat Orang Asli tidak perlu mendengar pelbagai tohmahan tentang vaksin Covid-19 terutama daripada golongan antivaksin.

“Perkara utama adalah seseorang itu perlu ada keyakinan terhadap kepentingan pengambilan vaksin. Kita perlu berubah kepada yang lebih baik, ‘ katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya