PETALING JAYA: Rakyat meletakkan harapan tinggi pada pakej bantuan ekonomi yang bakal diumumkan kerajaan supaya dapat memberi kelegaan kepada mereka. Ini kerana, pelbagai pakej rangsangan fiskal sebelum ini dilihat tidak banyak mengubah kehidupan mereka yang terjejas teruk sebelum ini, ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Malah, semakin ramai tertekan apabila total lockdown yang dilaksanakan awal bulan ini dijangka mungkin dilanjut menyebabkan banyak sektor ekonomi masih tidak boleh dibuka atau tidak dibenarkan beroperasi sepenuhnya. Menurut pakar ekonomi, di sebalik bantuan sedia ada, pelbagai bentuk moratorium atau bantuan boleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya